Insya Allah, pada 20 Disember 2008 (Sabtu) juga, seorang ahli batch kita akan mengikat janji, membina keluarga sakeenah, mawaddah wa rahmah. ^_^. Siapa? Orang yang dimaksudkan ialah Saudara Ahmad Muttaqin bin Zairulshahfuddin. Beliau akan menikahi Saudari Sarah Khadijah Taylor. Gambar pasangan? huhu~ Sorry, ana tak de. Tapi ana akan masukkan gambar kad kahwin as soon as possible. Mungkin kita boleh interview Encik Muttaqin ni, macamana boleh bertemu dengan gadis idaman hati nanti. Apapun, siapa yang hadir ke kenduri belah lelaki pada 25 Disember 2008 di Putrajaya, sila2 la masukkan gambar ke sini. Jangan segan2 :p
Monday, December 8, 2008
mawaddah day kembali lagi! ^0^
Masa : 8.30 am - 12.00 pm
Tempat : Dataran Sekolah Sri Al-Amin Bangi
Tema : Bagai Serai Serumpun, Sireh Sejunjung
Warna Tema : Hijau
Konsep : Family Day & Potluck
Pakaian : Pakaian Sukan
Yuran : RM5.00 sahaja / orang.
Aktiviti : Aerobic - IceBreaking - Telematch - Makan2 - Dapat Hadiah ^_^
Potluck tu akan di'assign' mengikut batch. Nanti ana confirmkan semula dengan JK FnB, batch kita kena bawa apa.
Jemputan juga ditujukan buat suami/isteri dan anak-anak alumni. Sila sahkan kehadiran anda sekeluarga sebelum 15 Disember 2008 kepada Mudzakkir (013-9489329) atau Lina (019-6414176). Jom pakat ramai-ramai kita serbu sekolah!
introducing your first niece/nephew ^_^
PREGNANT
Assalamualaykum WBT kawan-kawan semua ^_^ Lama betul rasanya tak berjumpa apatah lagi bertegur sapa di wadah ini. Entah apa khabar antum semua. Ana masih di bumi Malaysia. Allah SWT belum mengizinkan menjejakkan kaki ke Tanah Haram mengikuti suami. Ana redha. Apapun yang ditaqdirkan, pasti yang terbaik. Samada kita menyedari ataupun tidak. Ana kini mengandung hampir 6 bulan. Bulan pertama tiada masalah. Masuk bulan kedua ana mula mengalami morning till night sickness yang agak teruk -_-. Loya masih dirasa sehingga saat ini. Tetapi telah banyak berkurangan. Muntah pun tidak lagi. Bulan keempat, ada komplikasi sedikit kerana kencing kotor. Masuk bulan kelima, masalah kencing sudah di atasi, tetapi datang pula masalah baru -_-. Ana kekurangan berat badan dan kepekatan darah di bawah border yang ditetapkan. Kesannya, tak jarang ana merasa hampir pitam. Banyak masa dihabiskan berehat kerana duduk saja ana dah termengah-mengah. Apapun, doakan kesihatan dan keselamatan ana sekeluarga.
OUR BABY
Baby sekarang (minggu ini) dah 23 weeks. Gambar di atas adalah gambar scan ketika 5 bulan. Dia aktif sangat. Asyik menendang ummi ^_^ Awal-awal dulu, ana selalu wonder, macamana la rasa ada baby dalam perut. Huhu~ sekarang dah tahu. Kadang-kadang, kuat sangat gerakannya sampai ummi dia yang tengah makan/tidur terkejut. Dunno how to describe rasanya. Insya Allah, sampai masa, akan tiba giliran anda ^_~ Tapi, one thing for sure, gerakannya itu sampai boleh dilihat dari luar perut.
BOY OR GIRL?
Huhu~ belum tahu.. Dan itu jugalah yang selalu bermain dalam benar fikiran ummi dan abi dia. Hari tu scan tak nampak coz dia malu :p. Insya Allah lagi dua minggu scan lagi. Hopefully, kita semua boleh tahu dia boy ke girl. Ramai orang predict boy sebab aktif. Haha~ I said, ye ke macam tu? Hati ni rasa macam girl. Sarah my neighbour said, kalau girl, mesti yang aktif dalam suka. Ana gelak besar. Boleh pulak macam tu. Apapun, kita tunggu sama-samalah ^_^ (bagus juga tak tahu lagi. kalau tak ummi dia dah geram nak beli baju baby)
NAMA?
We both have a list of names. Huhu~ tapi susah betul nak cari nama lelaki. Kalau boleh nak la nama yang simple, pendek dan penuh makna. Setakat ni nama yang mungkin digunakan ialah Tuan Fateh for boy. dan kalau girl, Tuan Wafa. tapi akhir-akhir ni, abi dia macam nak tukar fikiran. Katanya lebih suka nama Tuan Dhuha sebab unik dan tak ramai orang nama tu. Tunggu dan lihatlah. Yang pasti, boy/girl, namanya akan ada title Tuan di depan sebagai menghormati salasilah keturunan abi dia. Cuma ummi dia harap, jangan orang panggil dia Tuan sudahlah.
DUE?
Kalau ikut buku merah, due ana pada 7 April 2009. Musfirah suruh dia keluar 5 April. Haha~ doa je la ye mus. Ikut plan, ana akan bersalin di Pasir Puteh, di rumah mertua. Kalau Allah izin dapat masuk Ummul Qura University by February, baby ni muwalad Makkah la. Kalau tak, muwalad Kelantan pun ok juga. Boleh beli tanah kelantan kui3x ^_^ Kalau bersalin di sini, ertinya ana akan berjihad tanpa kehadiran suami di sisi. Doakanlah, moga ana tabah hati menghadapi semuanya.
Sekian diceritakan dengan panjang lebar. Menanti cerita-cerita menarik perkembangan sahabat-sahabat semua pula. Dengar cerita Musfirah lagi 4 hari akan terbang ke Jordan menemui suaminya. Harap ada kisah menarik dari sana. Apa khabar pula kawan-kawan di Australia, Mesir dan lain-lain? Cerita, jangan tak cerita!
Sunday, December 7, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)